“Hanya 30 hingga 35 peratus saja bahagian di tubuh saya ini asli.”
Itu pendedahan terbaru dibuat usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Illias ketika ditanya mengenai keaslian tubuhnya selepas mengakui membuat pembedahan dan rawatan kosmetik pada wajah, payudara dan punggung dengan kos mencecah RM1 juta hingga RM2 juta.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias ketika dihubungi berkata, dia sudah tidak memerlukan sebarang pembedahan lagi kerana berasakan dirinya sudah sempurna sebagai wanita.
Kos di muka je sama harga dengan Ford Mustang
Menurut Safiey, pada bahagian wajah saja dia sudah membelanjakan hampir RM300,000 bersamaan dengan harga sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang.
“Kenapa banyak dan mahal begitu? Saya buat naikkan kening dengan tebuk di bahagian atas dahi dengan kos sebanyak RM30,000. Saya buat hidung di Korea Selatan menggunakan tulang rusuk dengan kos RM45,000. Untuk hidung saya buat 11 kali yang mana 10 kali sebelum itu dilakukan di Thailand dengan kos RM2,000 hingga RM4,000 untuk sekali menggunakan silikon.

“Namun, saya tak nak ambil risiko. Itu yang buat normal dengan tukar tulang rusuk sendiri. Lubang hidung pun potong dengan kos dalam RM10,000. Dulu buat silikon di pipi, tapi saya buang dengan menggunakan kaedah ‘liposuction’. Saya buat empat kali dengan kos RM16,000.“
“Untuk dagu, pernah buat silikon. Untuk masukkan silikon kosnya adalah RM3,000 hingga RM4,000 dan saya buat empat kali. Sekarang saya buat rawaran pemindahan lemak di pipi, muka dan dahi dengan kos keseluruhan RM30,000.”
Jangan bodoh!

“Ramai salah anggap pipi kembung dan bibir terjuruih disebabkan botox, itu semua bodoh. Tapi, itu disebabkan ‘filler’. Botox itu membekukan rahang otot dan akan kecut disebabkan satu bakteria yang ada pada botox. Jadi, jangan caci maki. Itu semua bukan sebab botox itu kerana filler. Botox berfungsi membekukan otot. Apabila sudah beku, lemak akan kecil dan hasilnya nampaklah tirus.“
Tukar bentuk tengkorak lelaki kepada perempuan
“Saya buat banyak pembedahan plastik iaitu proses menukar bentuk tengkorak lelaki kepada perempuan. Sebab itu bentuk muka saya macam perempuan. Rahang saya pun kecil dan macam perempuan.“
“Begitu juga dagu yang kecil. Saya lakukan ‘Facial Feminization Surgery’ dengan memasukkan skru yang dikerat dengan kos dalam RM30,000. Buang tulang rahang, kos dalam RM30,000. Itu bahagian muka saja dengan keseluruhan RM300,000. Jadi muka saya saja, boleh beli Ford Mustang.”

Pembedahan sedut lemak, payudara dan punggung
“Saya juga buat pembedahan dengan sedut lemak di lengan sebanyak empat kali dengan kos RM16,000. Saya buat botox untuk kecilkan otot, kena banyak dos. Mata tak buat, sebab sudah cantik.”
“Perut pun sedut lemak dengan kos sedut RM16,000. Buat punggung dengan suntikan silikon RM30,000, tapi betis saya tak buat. Payudara pula masukkan silikon implan dengan kos RM40,000.”

Sebagai kepuasan dan terapi terbaik buat diri sendiri
Dalam masa sama, Safiey juga mengakui proses rawatan dan pembedahan kecantikan dibuat adalah terapi terbaik buat dirinya yang menghidap penyakit depresi dan bipolar.
“Dulu semasa sekolah saya bukan pelajar terkenal dan ‘cute’ sebab dari segi luaran saya tak menarik dan kulit gelap. Malah, ketika di sekolah ustaz juga pernah beritahu saya pondan masuk neraka. Jadi, orang suka buli dan ‘attack’ saya dengan perkara itu sehingga membuatkan saya berasa kurang yakin dengan diri sendiri.“

“Menurut doktor yang merawat saya, itu semua punca yang membuatkan saya tertekan. Makin lama makin memberontak. Jadi, apa saya buat ini adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain malah jauh sekali nak dipuji pondan cantik, tapi lebih kepada kepuasan. Apa yang penting saya sudah dapat apa saya nak.“
“Apabila saya buat untuk kecantikan, ia menaikkan semangat diri dan tidak tertekan atau murung. Malah, ubat depresi saya adalah kecantikan dan ini terapi terbaik saya.”
