fbpx

Usaha kerajaan memartabatkan tulisan Jawi sebagai warisan Malaysia yang perlu dipelihara menerima tentangan dalam kalangan netizen yang bukan berbangsa Melayu di negara ini.

Bukan hanya dikritik, bahkan inisiatif yang dilaksanakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu turut dihina dan diperlekeh oleh mereka, yang rata-ratanya ‘panas’ dengan usaha memartabatkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat. 

Ruangan komen Facebook beberapa portal berbahasa Cina mendapati, kebanyakan mengecam usaha Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, selain mendakwa pelaksanaan itu disokong kuat anggota Kabinet MCA.

Dr Zulkifli mengumumkan Hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi’ bermula minggu lepas dalam usaha mengekalkan dan memperkasa sebahagian tradisi serta kebudayaan yang membentuk Malaysia. 

Beliau dalam kenyataan berkata, usul itu telah dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli jemaah menteri.

Dr Zulkifli berkata, tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

[fbcomments]