Seorang wanita yang tular baru-baru ini kerana menyelamatkan seekor anjing jalanan kudung, mengucapkan terima kasih kepada selebriti versatil, Harith Iskander dan isteri kerana sudi menjadikan haiwan malang itu sebagai anak angkat.
Wanita dikenali sebagai Nurull Ain Abdul Hamid itu telah memuat naik posting di Instagram memaparkan fotonya bersama Harith, isteri dan anjing yang dinamakan Marvella.
Ramai memandang anjing sebagai haiwan yang hina
Sementara itu, Harith Iskander turut memuat naik posting dan menceritakan kisah bagaimana dia dan isteri ‘jatuh cinta’ kepada anjing kudung tersebut.
“Kami jatuh cinta pada Marvella ketika isteri saya @drjezaminelim membaca kisah viralnya secara online dan saya beritahu isteri kita perlu buat sesuatu untuk anjing ini dan wanita yang menyelamatkannya.
“Setelah berbincang dengan Nurul, kita semua sepakat tentang “Foster home” di mana Marvella akan tinggal bersama kami dan kami akan membawanya bertemu ‘heronya’ (Nurull Ain) setiap bulan,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, menurut Harith, dia telah mendapat banyak inbox nasihat di Instagram miliknya dan pertanyaan mengenai status haiwan tersebut yang haram di sisi Islam.
