Umum sedia maklum bahawa jemaah tabligh yang menghadiri ijtima’ di Sri Petaling menjadi antara individu teramai yang dijangkiti Covid-19.
Petugas-petugas kesihatan yang merawat mereka di hospital kebanyakkannya memberikan respon yang baik apabila jemaah tabligh ini menunjukkan sikap yang positif.
Mereka sentiasa beribadah
Mereka yang ditahan di wad dan sedang dikuarantin dilihat melazimi amalan kebiasaan mereka iaitu beribadat secara berjemaah dengan masing-masing menjarakkan diri sejauh 1 meter setiap seorang.
Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang frontliner yang bertugas di dalam wad isolasi yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar tahfiz.



Menurutnya lagi, merawat dan menjaga mereka adalah satu kenangan yang sangat menarik untuk dikongsikan. Dia juga mengakui disebalik Covid-19 yang menular dalam kalangan mereka, banyak hikmah yang ditunjukkan Allah S.W.T untuk menyedarkan kita yang selalu alpa.