fbpx

Isteri kepada penyanyi Zahid Baharudin iaitu Nurul Shuhada difahamkan telah menjadi mangsa scammer apabila beliau kehilangan wang berjumlah RM4,350 dari akaun e-wallet baru-baru ini.

Tak Ada Perasaan Nak Raya Selepas Duit Lesap

Menerusi video yang dimuat naik oleh Zahid di laman Instagram miliknya, difahamkan kejadian yang baru terjadi itu telah memberi kesan emosi kepada mereka sewaktu umat Islam yang lain sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Memang tiada perasaan nak raya. Dalam kereta dengar radio mainkan lagu raya pun tak boleh. Saya tidak halalkan orang yang guna duit itu,” katanya.

Mula Sedar Duit Hilang Lepas Bangun tidur

Tambah Zahid lagi, isterinya mula tersedar mengenai kehilangan wang tersebut pada hari Sabtu yang lalu, selepas mereka bangun daripada tidur.

“Bangun tidur saya lihat isteri menangis, lepas itu dia hubungi bank dan kemudian beritahu duit hilang dalam akaun e-wallet. Ini memang kerja ‘musibat’ sebab dia tahu hari gaji. Habis sebulan kumpul duit nak raya. Jadi kepada semua janganlah hubungkan e-wallet dengan akaun bank sebab kes ini dah banyak terjadi,” jelasnya lagi sambil menyatakan beliau sudah membuat laporan polis mengenai kejadian.

Sementara itu, Shuhada turut meluahkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku kerana wang yang disimpannya itu sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan bulanan.

“Kalau RM40 atau ratus boleh pejam mata. Ini RM4,250. Licin habis akaun aku. Aku ada komitmen nak bayar rumah, kereta. keluarga di kampung, makan, minyak dan tol. Semua itu siapa nak tanggung? Ada yang komen tiada rezeki saya. Tetapi itu mencuri duit hasil titik peluh orang. Kalau tak boleh tolong cukup dengan doa, bukan cakap perkara yang menyakitkan hati,” luahnya.

Shuhada turut memaklumkan penggodam yang mencuri duitnya telah membuat transaksi secara berperingkat bermula dari awal lewat malam Jumaat sehingga awal pagi Sabtu tanpa dia sedari.

Kredit: Instagram zahidbaharudin

[fbcomments]