Seorang penyanyi di negeri Kano, Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah mencerca Nabi Muhammad.
Mahkamah Tinggi Syariah di Hausawa Filin Hocke yang menjatuhkan hukuman itu berkata, Yahaya Sharif-Aminu, 22, didapati bersalah kerana menghina Nabi Muhammad melalui lagu yang disebarkan melalui WhatsApp pada bulan Mac lalu.
Susulan penularan lagu tersebut, penunjuk perasaan telah membakar kediaman keluarganya dan berkumpul di luar ibu pejabat polis Islam yang dikenali sebagai Hisbah bagi menuntut tindakan ke atasnya.
Hanya satu hukuman di mahkamah Syariah
Kano mengamalkan dua sistem perundangan iaitu sekular dan Syariah, yang tidak terpakai kepada bukan Islam.
Hanya satu hukuman mati dilaksanakan di mahkamah Syariah sejak undang-undang itu dilaksanakan semula pada tahun 1999.