HONOR Magic7 Pro adalah sebuah telefon yang boleh dikatakan memang menarik perhatian dengan segala ciri dan kelebihannya.
Jika korang tengah mencari telefon flagship untuk tahun 2025, memang tak salah kalau Magic7 Pro ada dalam senarai pilihan. Telefon ini bukan sekadar telefon pintar biasa, tetapi lebih kepada pengalaman baru yang didorong oleh teknologi AI canggih.
Jom kita tengok lebih mendalam apa yang ditawarkan oleh HONOR Magic7 Pro!
AI Canggih dengan Magic Portal 2.0
Salah satu ciri yang paling menarik tentang HONOR Magic7 Pro adalah Magic Portal 2.0. Ciri ini menggunakan teknologi AI untuk membantu korang berinteraksi dengan lebih mudah. Korang boleh seret kandungan dari gambar terus ke aplikasi seperti Shopee, Google Maps, Instagram, dan TikTok—semuanya dengan mudah.
Kalau korang suka ambil tangkapan skrin, gambar yang diambil boleh disimpan atau terus diedit tanpa perlu buka aplikasi lain. Ciri Portal to Anywhere ini menjadikan pengalaman penggunaan telefon lebih lancar dan mesra pengguna.
Selain itu, HONOR juga memperkenalkan ciri AI Deepfake Detection, yang akan mengesan sebarang video yang diubah semasa panggilan video. Jadi, korang tak perlu risau tentang privasi.
Alat Produktiviti dengan AI
Untuk yang sentiasa sibuk dengan kerja, HONOR Magic7 Pro dilengkapi dengan pelbagai ciri produktiviti yang sangat berguna. Dengan AI Notes korang boleh buat nota dengan cepat dan mudah. Tak perlu risau kalau korang terlepas maklumat penting dalam mesyuarat, kerana AI Transcribe akan mentranskrip perbualan secara automatik dalam lebih 13 bahasa, termasuk Bahasa Malaysia. Selain itu, AI Summary boleh meringkaskan isi kandungan nota korang dalam masa yang sangat singkat.
Mudah Berkomunikasi dengan AI Translate
Ciri AI Translate dalam Magic7 Pro memudahkan korang berbual dalam pelbagai bahasa. Ada dua mod utama iaitu Conversation dan Face-to-Face, yang membolehkan korang terjemah perbualan secara langsung.
Kalau nak lebih mudah, sambungkan earbud untuk dapatkan terjemahan masa nyata semasa mesyuarat atau kuliah.
Penyuntingan Gambar Automatik dengan AI
Kalau korang seorang yang suka ambil gambar, Magic7 Pro juga ada ciri penyuntingan gambar yang berasaskan AI. Dengan AI Eraser, korang boleh buang objek yang tak diingini dalam gambar hanya dengan satu klik.
Ciri AI Cutout pula membolehkan korang potong dan ekstrak elemen tertentu dari gambar. Semua ini dapat dilakukan dengan sangat mudah tanpa perlu aplikasi tambahan.
Fotografi dengan Kualiti Profesional
Kamera utama HONOR Magic7 Pro adalah 200MP dengan sokongan 100X zoom. Ini bermakna korang boleh ambil gambar dengan butiran yang sangat tajam, sama ada untuk potret, landskap, atau objek jauh. Dengan sokongan AI, gambar yang diambil jadi lebih cantik dan tajam.
Ada juga mod AI Super Zoom untuk zoom yang lebih jelas, serta AI Enhanced Portrait untuk potret dengan kesan bokeh yang natural.
Paparan Skrin yang Selesa di Mata
Bukan saja prestasi, tetapi HONOR Magic7 Pro juga menawarkan pengalaman visual yang selesa. Skrinnya dilengkapi dengan Natural Light AI Eye Comfort Display yang meniru pencahayaan semula jadi, membantu kurangkan ketegangan mata.
Selain itu, Circular Polarized Display mengurangkan cahaya biru yang boleh merosakkan mata dan menyebabkan keletihan. Ciri AI Defocus Display juga dapat membantu mengurangkan risiko rabun.
Bateri Tahan Lama dan Pengecasan Pantas
Dengan bateri 5850mAh, Magic7 Pro boleh bertahan lebih lama berbanding telefon lain dalam kelasnya. Dan yang terbaiknya, ia dilengkapi dengan pengecasan cepat 100W Wired HONOR SuperCharge yang boleh mengecas penuh telefon dalam masa 33 minit. Kalau mahu gunakan pengecas tanpa wayar, 80W Wireless HONOR SuperCharge juga boleh mengecas penuh dalam 44 minit.
Audio yang Memukau dan Ketahanan Maksimum
HONOR Magic7 Pro juga menawarkan pengalaman audio yang menarik dengan HONOR Surround Subwoofer untuk bunyi spatial yang lebih jelas. Selain itu, AI Dual-Way Noise Reduction membantu mengurangkan bunyi latar belakang semasa panggilan telefon, membuatkan percakapan lebih jelas.
Dari segi ketahanan, Magic7 Pro dilengkapi dengan HONOR NanoCrystal Shield yang lebih tahan lasak dan penarafan IP68 dan IP69, jadi telefon ni boleh bertahan dalam keadaan cuaca ekstrem dan persekitaran yang lasak.
Prestasi Hebat dengan Snapdragon 8 Elite Mobile Platform
Dari segi prestasi, Magic7 Pro dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 8 Elite Mobile Platform. Dengan cip ini, korang akan menikmati grafik yang lebih lancar, suhu yang terkawal dengan baik, serta prestasi yang hebat semasa gaming atau penggunaan aplikasi berat. Segala tugasan harian, termasuk gaming, boleh dilakukan dengan sangat lancar tanpa masalah.
Secara keseluruhannya, HONOR Magic7 Pro bukan sekadar telefon pintar biasa. Dengan kombinasi teknologi AI yang canggih, reka bentuk premium, serta ciri-ciri yang menyokong produktiviti dan hiburan, telefon ini memang sangat berbaloi untuk dimiliki.
Jangan tunggu lagi, dapatkan HONOR Magic7 Pro hari ini dan nikmati pengalaman yang luar biasa!