fbpx

Baru-baru tular di laman TikTok yang memaparkan sepasang pasangan suami isteri membawa anak lelakinya yang berusia tujuh tahun membeli hadiah Sempena Hari Guru pada 16 Mei di sebuah kedai emas terkemuka.

@nurashikindin

Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik2 💋 #hadiahhariguru2024 #habibjewels #fypシ゚viral @HABIB Jewels

♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Hadiahkan Guru Gelang Emas

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Nurashikin Din di laman TikToknya, difahamkan beliau dan suaminya membeli 10 utas gelang emas untuk diberikan kepada guru-guru anaknya itu.

“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah, 10 orang gurunya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru Hafiy cantik-cantik,” katanya.

Menurut Nurashikin, itu adalah cara mereka untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru yang tidak pernah lelah untuk mencurahkan ilmu kepada anak didik.

“Saya hargai sebab cikgu-cikgu dia sentiasa update perkembangan anak di sekolah melalui personal WhatsApp dan bagi video,” ujarnya lagi.

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan keluarga tersebut yang murah hati dan mereka turut mendoakan kesejahteraan buat mereka sekeluarga.

Kredit: TikTok Nurashikin Din

[fbcomments]