Polis Daerah Kajang mengesahkan menerima dua laporan polis yang mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kertas enkuiri polis (KEP) sudah dibuka untuk tujuan siasatan awal.
Melakukan pelbagai aktiviti
Seorang lelaki berusia 43 tahun membuat laporan polis setelah membaca laman akaun Facebook menteri berkenaan yang dikatakan memuat naik pelbagai aktiviti yang dilakukan sejak dilantik menjadi menteri.

Pengadu mengatakan Zulkifli telah memuat naik pelbagai berita mengenai aktiviti yang dilakukannya tanpa mengamalkan jarak sosial.
Beliau telah menghantar surat pertukaran kepada pegawai JAKIM dan mengambil gambar bersama. Selain itu beliau juga didapati telah bertemu dengan Datuk Dr Fathul Bari dan beberapa individu lain mengadakan pertemuan di pejabatnya.