Krisis antara Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah kembali menjadi perbualan apabila pelawak itu mendakwa tidak dibenarkan bertemu anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 11 bulan.
Pelawak Ali Puteh mengaku hubungan antara kedua belah keluarga terputus.
Menurut Ali, niatnya untuk bersemuka bagi menjernihkan keadaan itu tidak berhasil apabila semua cara untuknya berkomunikasi dengan kakak iparnya disekat termasuklah di media sosial.
Respon Hidayah, isteri arwah Abam
Bagaimanapun, Norr Hidayah ketika dihubungi mStar enggan bercakap panjang mengenai hal itu sebaliknya meminta doa yang terbaik untuk dia dan anaknya.
“Untuk perkara itu, saya minta maaf. Saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan berkaitan ini. Doakan yang baik-baik untuk saya, Hamzah dan keluarga.”
Hamzah mencari-cari bapanya
Nor Hidayah sempat meluahkan rasa sedih melihatkan anak lelakinya yang sedang belajar berjalan tercari-cari dan memanggil bapanya.
“Sekarang Hamzah dah nak pandai berjalan sambil tercari-cari ayahnya. Bila nampak gambar ayahnya yang saya tampal di dinding, perkataan pertama yang Hamzah sebut adalah ‘ayah’.
“Sayunya hati saya bila perkataan pertama yang disebut adalah ayah. Setiap kali dia nak tidur, mesti dia akan peluk gambar ayahnya dan terus tidur. Pandai dan cerdiknya anak ibu.”
Sementara itu, Nor Hidayah mengakui terkesan dan sedih apabila menjalani ibadah Ramadan tahun ini tanpa suami di sisi.
“Suasana menyambut Ramadan tahun ini berbeza tanpa suami di sisi, sedih yang tak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata.
“Biasanya, masa bersahur saya akan masak untuk bersahur bersama-sama. Manakala sebelum waktu berbuka, saya dan arwah suami saya akan masak bersama-sama untuk juadah berbuka puasa, saling tolong-menolong.”