fbpx

Sebelum ini dunia dikejutkan dngan kematian komander tertinggi tentera iaitu Mejar Jeneral Qasem Soleimani.

Rata-rata warganet berasa risau akan kemungkinan berlakunya Perang Dunia Ketiga dalam masa terdekat.

Iran tawar AS80 juta jika berjaya bunuh Trump

Iran telah membuka tawaran kepada sesiapa yang dapat membunuh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan ganjaran sebanyak AS80 Juta iaitu bersamaan RM328 juta kepada mereka yang berjaya membunuh pemimpin terkenal itu.

Seruan berkenaan dibuat ketika jenazah Soleimani diarak di Mashad.

Trumph beri amaran akan serang lebih hebat

Semalam, Donald Trump memberi amaran akan menyerang dengan lebih hebat sekiranya Iran membalas dendam atas pembunuhan pemimpin tentera, Qasem Soleimani.

Semua kenyataan media ini adalah pemberitahuan kepada Kongres bahawa AS akan bertindak dengan lebih keras jika Iran menyerang sebarang individu atau menjadikan kita sebagai sasaran.

Notis undang-undang tidak diperlukan tetapi akan diberikan.

Presiden AS itu kemudiannya tidak lagi memberi apa-apa kenyataan kerana sedang menghabiskan cuti musim sejuk dengan bermain golf di West Palm Beach.

Serangan berlaku selepas gerakan militan Syiah menyerbu kedutaan AS di Iraq

Trump mengarahkan serangan udara ke atas lapangan terbang Iraq di Baghdad, sekali gus meragut nyawa Soleimani yang sebelum ini dianggap sebagai pengganas oleh kerajaan pimpinan Barack Obama.

Serangan terbabit berlaku beberapa hari selepas perusuh yang menyokong gerakan militan Syiah menyerbu kedutaan AS di Iraq pada sambutan Ambang Tahun Baharu.

Menurut Trump, serangan berkenaan dibuat kerana Soleimani mengarahkan rakyat AS di Asia Barat dijadikan sasaran serangan.

[fbcomments]