Setiap pasangan yang berkahwin pasti menanam impian untuk hidup bersama pasangan sehingga ke akhir hayat.
Namun siapa sangka, perhubungan yang baru terbina setahun lebih kini terlerai apabila isteri meninggal dunia semasa dalam pantang melahirkan bayi sulung.
Baru sebulan bergelar ibu, isteri dijemput Ilahi
Namun, siapa sangka kegembiraan tersebut direntap dengan satu berita yang menyayat hati apabila seorang ibu muda kehilangan nyawa ketika tempoh berpantang tinggal beberapa hari sahaja.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Izrul Mat Taib, dia telah menceritakan betapa remuk hatinya apabila bidadari tercinta dijemput Ilahi ketika usia anak baru sebulan.
Pemergian isteri yang tidak di duga
Isterinya telah meninggal dunia pada 14 Januari 2020 iaitu kira-kira hampir sebulan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Difahamkan Norehan Zainal yang berusia 26 tahun telah pengsan dan dikejarkan ke hospital berikutan bacaan darahnya yang naik. Dia juga dikesan mempunyai darah beku dalam badan sebelum disahkan meninggal dunia.
Kini anak pula bertarung nyawa
Namun, kesedihan Izrul tidak berakhir disitu apabila anak kecil kesayangannya yang masih ‘dalam hari’ pula kini sedang bertarung dengan penyakit di hospital.
Baru berusia 41 hari, Annur Ayesha binti Mohamad Izrul telah dijangkiti kuman hampir diseluruh badannya dan kemungkinan akan merebak ke otak setelah hampir seminggu ibunya dikebumikan.
“Kuman dah merebak ke separuh badan dia. Kemungkinan akan naik ke otak… “- Izrul Mat Taib, bapa kepada Annur Ayesha.
“sudah kering air mata untuk menangis..”
“Dah takde air mata nak nangis. Harap dipermudahkan urusan Ayesha. Ayah terima je keputusan dengan redha.” – Izrul Mat Taib, bapa kepada Annur Ayesha.
Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Allah tidak akan menguji hamba-hambanya di luar batasan hambanya.
Semoga si ayah terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan buat baby Ayesha.