Desas desus mengenai kisah rumah tangga pempengaruh media sosial iaitu Aisyah Hijanah dan Aliff Teega akhirnya terjawab apabila Aliff telah mengaku bahawa beliau sudah bernikah lain.
![]()
Aliff Teega Kahwin Lain
Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik oleh Aliff atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani sendiri di laman Instagram, beliau mendedahkan perkara tersebut kepada umum untuk mengelakkan dari sebarang fitnah yang timbul terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
“Mungkin selama in ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudah pun bernikah. Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni”, tulisnya.
![]()
Aliff Luah Rasa Syukur Dan Berterima Kasih Kepada Isteri Pertama
Sementara itu, Aliff juga sempat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isteri pertamanya, Aisyah kerana banyak bersabar serta tabah menghadapi ujian sepanjang mereka bersama, dan beliau turut mengatakan bahawa Aisyah adalah isteri yang sempurna dan tiada kekurangan.
“Aisyah tabah dan masih kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini. Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga Tapi percaturan Allah buat saya & Aisyah adalah berbeza.
“Terima kasih atas doa daripada kalian semua buat saya dan Aisyah. Aisyah adalah wanita pilihan Allah yang subhanallah kuatnya luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian yang datang. Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia”, ujarnya lagi.
Dalam pada itu Aliff turut berharap agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi tentang isu tersebut sebaliknya titipkan doa buat mereka sekeluarga.
Kredit: Instagram Aliff Teega