Ketika ini, dunia sedang menumpukan untuk tangani gejala wabak Coronavirus yang dilaporkan berada di tahap membimbangkan dengan jumlah kematian mencecah 500 orang.
Jackie Chan Tawar 1 Juta Yuan

Turut simpati dan bimbang dengan penularan wabak tersebut pelakon popular antarabangsa, Jackie Chan bermurah hati untuk menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah 1 juta yuan (RM587,709) buat mana-mana pihak mahupun individu yang berjaya menghasilkan penawar wabak itu.
Pengumuman itu telah dibuat sendiri oleh Jackie menerusi aplikasi Weibo sebagai tanda terima kasih buat pencipta penawar Coronavirus.

Tambah Jackie lagi, tawaran tersebut bukanlah mengenai perihal wang ringgit sebaliknya tidak sanggup melihat keadaan negaranya semakin parah apatah lagi melibatkan nyawa yang sudah terkorban.