Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Perumpamaan itu sering kali kita dengar dan pastinya merujuk kepada individu yang ditimpa kesusahan.
Baju dan seluar koyak-rabak
Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, dia telah memuat naik gambar seorang lelaki warga emas yang berpakaian agak daif apabila baju dan seluar yang terkoyak dijahit hanya dengan tali rafia.
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki warga emas itu kelihatan gembira apabila dihulurkan bantuan makanan dan tersenyum apabila gambarnya diambil.
Dapat dilihat dengan jelas pakaian dan seluarnya yang koyak hanya dijahit menggunakan tali rafia berwarna kuning.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang nyata berasa simpati dengan nasib lelaki itu. Mereka berharap ada pihak yang tampil menghulurkan bantuan agar dia dapat berpakaian dengan lebih selesa.