Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok sehingga 31 Mac 2020 yang dikuatkuasa seluruh Malaysia oini telah menjadi bualan hangat netizen. Meskipun langkah ini diambil susulan penularan wabak COVID-19 tapi nampaknya masih ramai lagi belum dapat membezakan atau mungkin keliru antara pengumuman tersebut dengan Perintah Berkurung.
Pengasingan tindakan lebih efektif
Menerusi laman Twitter Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, langkah terbaik untuk mencegah wabak COVID-19 adalah dengan mengasingkan diri daripada bersosial di khalayak ramai. Oleh sebab itu kaedah pelaksanaan ‘Social Distancing’ seperti dilakukan oleh SIngapura dan Korea Selatan lebih berhasil mengurangkan lengkung epidemik jika nak dibandingkan dengan Lockdown di China serta Itali.

Masih boleh pergi pasaraya dan bank
Susulan banyak permintaan agar Malaysia diisytihar Lockdown sebelum ini, seorang pengguna Facebook bernama Mohd Fadli yang juga merupakan seorang guru ini telah menegaskan bahawa masyarakat jangan keliru dengan pengumuman malam semalam.
Meskipun tidak boleh ke luar negara atau menyertai sebarang program keramaian,tetapi masyarakat masih dibenarkan untuk melakukan urusan penting seperti di bank mahupun membeli keperluan harian serta ubat-ubatan.
Bukan lockdown
Ini adalah “perintah kawalan pergerakan” dan bukan “perintah berkurung”.

Ini adalah salah satu strategi penting negara untuk membendung penularan wabak COVID-19. Dengan menghadkan pergerakkan orang ramai, pendedahan kepada penyakit berkurang dan ini seterusnya akan menghadkan transmisi penyakit COVID-19.
Bawa bertenang dan jangan panik!