Wabak pandemik COVID-19 sememangnya digeruni penduduk dunia ini. Di Indonesia, sebuah kampung yang terletak di Banyumas, Jawa Tengah dikatakan tidak mahu menerima jenazah yang dijangkiti COVID-19 dikebumikan di kawasan perkuburan tersebut.

Malah Dato Bandar Banyumas itu sendiri memindahkan jenazah tersebut ke tempat lain disebabkan penduduk di situ bertegas enggan membenarkan Jenazah berkenaan dikebumikan di tanah perkuburan kampung mereka.
Lebih menyedihkan, kubur pesakit berkenaan terpaksa digali semula kerana masyarakat setempat dan kampung-kampung menyuarakan bantahan kerana mulai resah serta takut dijangkiti wabak berkenaan.
