fbpx

Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri membuat teguran secara terbuka kepada anak pelakon Normah Damanhuri, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM di Instagram.

Bila mahu kembali ke pangkal jalan?

Menurut Syed, tindakan Kak KM memperagakan tubuh badan untuk melariskan produk jualannya itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

ā€œKak KM bila lagi mahu kembali ke pangkal jalan? Netizen boleh nilai sendiri, antara nak jual produk atau nak jual maruah diri.

ā€œBukan setahun dua, tapi dah bertahun-tahun modus operandinya berniaga dengan memperagakan tubuh. Tak salah cari rezeki, namun yang salah adalah rezeki yang dicari dengan jalan yang terang-terang syarak tak benarkan,ā€ katanya menerusi satu posting di Instagram.

Pernah Beri Nasihat 

Dedah pendakwah bebas itu lagi, sebelum ini dia dan rakan-rakan pernah memberi nasihat kepada Kak KM namun tidah diendahkannya.

ā€œDulu pernah saya menegur dan rakan-rakan lain turut menegur, namun tak jalan, bahkan makin menjadi-jadi kerana mendapat sambutan daripada netizenā€

Bagaimanapun, menurut PU Syed teguran itu bukanlah kerana ingin menutup ā€˜periuk nasiā€™ usahawan itu sebaliknya ingin menyatakan bahawa masih banyak lagi cara untuk mengiklankan sesuatu produk dan bukanlah dengan memperagakan tubuh sendiri.

[fbcomments]