Setiap insan yang berkahwin pastinya amat teruja untuk menyambut kelahiran insan istimewa yang dianugerahkan oleh Allah. Begitu jugalah yang dirasai oleh salah seorang pelakon drama bersiri Gerak Khas, Mohd Zamri Ibrahim atau lebih dikenai sebagai Z Zamri yang menyambut kelahiran anaknya yang kelima.


Kedua2 telinga menyerupai kalimah Allah SWT

Lebih istimewa buat dirinya, bayi yang dilahirkan pada kali ini dikatakan begitu unik kerana kedua-dua telinga bayi mempunyai tulisan menyerupai kalimah Allah SWT.

Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT. Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna.

[fbcomments]