Baru-baru ini kecoh di laman sosial Twitter apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Nana berkongsi tangkapan skrin memaparkan akaun Instagram rasmi milik Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir meninggalkan tanda suka pada beberapa fotonya.

Perkongsian gadis itu ternyata berjaya mencuri perhatian warganet.

Walau bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa tindakan itu bukan dilakukan oleh Tun Mahathir sendiri tetapi pembantu peribadi yang menguruskan akaun Instagram tersebut.

Memandangkan perkongsian itu menjadi tular dan topik perbualan hangat dalam kalangan warganet, akaun Instagram rasmi Tun Mahathir akhirnya bertindak menarik semula tanda suka yang ditinggalkan sebelum ini (unlike).

Tinjauan kami di ruangan Replies mendapati rata-rata warganet terhibur dengan ‘kesilapan’ yang dilakukan pembantu peribadi Tun Mahathir itu. Berikut kami kongsikan beberapa reaksi daripada pengguna Twitter:

Terhibur juga tengok komen-komen netizen ni. Biasa lah tu, semua orang pernah melakukan silap. Begitu juga dengan admin page Tun M ni. Moga tidak berulang lagi kesilapan seperti ini.

[fbcomments]