Sejak dua hari ni, isu saman-menyaman melibatkan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali dan keluarga mertuanya terutama Ali Puteh menjadi antara isu hangat.
Ramai netizen menyelar Ali dan menyifatkan pelawak dan pelakon itu lebih sudu dari kuah apabila menyaman kakak iparnya.
Saman bagi membersihkan maruah keluarga
Terbaru, Ali ada beri kenyataan secara langsung bersama portal media online dengan menjelaskan, saman yang dikemukan olehnya tidak melibatkan harta tetapi hanya mahu memulihkan semula nama dan imej keluarganya yang sudah tercalar.

Ada yang salah faham ingat saya saman balu tetapi sebenarnya saya saman balas kepada balu selepas saya disaman.
Saya tak hebahkan pada media sebab saya masih menghormati abang saya baru meninggal dunia. Saya bukan takut cuma dalam keadaan kehilangan dan keluarga masih bersedih.
Ali turut memberitahu dia disaman dengan jumlah RM900,000 oleh kakak iparnya itu selepas 15 hari abangnya meninggal dunia.
BACA : Ali Puteh Saman Kakak Ipar, Hidayah Mengaku Ambil Tabung & RM10K Dari Akaun Suami Untuk Anak
Kau turut saman mak
Kau saman mak, kau saman aku pula 900k. Aku okay.
Mana seorang menantu dengan mak mertua. Yang mak mertua yang baru kehilangan anak.
Apa yang buat Ali lagi terkilan ialah, ibunya turut disaman berserta ibu Hidayah juga turut menyaman ibu arwah.

Dalam temuramah tersebut, Ali turut terkesan dengan kritikan orang ramai walaupun dia berdiam sabar.
Hidayah tuntut harta-harta Allahyarham
Selain disaman, Ali memaklumkan Hidayah turut menuntut harta-harta lain Allahyarham termasuk rumah dan tanah bernilai RM300,000, kereta jenis Toyota Velfire, jam tangan, sebuah motorsikal dan wang tunai di dalam akaun bank.
Kau tuduh aku guna Vellfire, padahal kereta itu dah kena tarik bulan lepas. Siapa nak bayar?
Orang di luar sana pun sibuk sangat nak tahu berapa banyak harta arwah, sibuk nak tahu berapa jumlah, saya makan berapa banyak.
Okey ini saya dedahkan semua, balu tuntut rumah dan tanah bernilai RM300,000, sebuah Toyota Velfire bernilai RM300,000, padahal Velfire lama itu harga RM180,000.
Motorsikal LC berharga RM10,000, padahal harga motor arwah beli RM5,300 sahaja. Siapa pakai motor dia tahulah.
Saya tak makan harta anak yatim

Okey ini yang paling orang ramai nak tahu sampai tuduh saya makan harta anak yatim; duit di dalam akaun arwah. Arwah ada dua akaun bank dan setelah dicampur kedua-dua akaun jumlahnya RM84,000.
Barang-barang arwah dalam RM20 ribu. Jumlah keseluruhan RM714 ribu termasuk rumah, kereta dan motor milik arwah.
Sebelum ini orang sibuk kata duit arwah berjuta-juta dan saya makan duit arwah. Kalau ada bukti saya makan harta anak yatim, buktikan…
Mengaku ambil jam dan keluarkan duit RM10K
Bagaimanapun tambah Ali dia sangat bersyukur apabila mendapat surat jawapan saman daripada pihak Hidayah sehingga melakukan sujud syukur.
Sebelum ini dia (Hidayah) kata saya keluar sehelai sepinggang dan hanya fikir anak. Tapi dalam surat balasan saman, dia mengaku sudah keluarkan RM10,000 dari akaun bank arwah sehari selepas arwah meninggal.
Kalau betul ambil, mengaku sahaja. Jangan cakap keluar sehelai sepinggang. Tak baik menipu, yang kena maki saya.
Kemudian dia mengakui mengambil empat utas jam tangan arwah. Dalam surat sama terdahulu, dia kata saya fitnah dia ambil jam tangan arwah

Benda boleh bincang
Ali berkata isu pembahagian harta faraid ini sebenarnya boleh diselesaikan secara baik sekiranya Hidayah sudi untuk duduk semeja berbincang.
Malah dia juga turut merasa terkilan kerana Hidayah dilihat seperti tidak sabar berkaitan isu pembahagian harta ini.
Saya sedar kedudukan saya, saya tahu agama. Tak ada apa yang menjadi milik saya, cuma saya wakil kepada dua lagi waris arwah iaitu ibu dan ayah saya.
Harta faraid masih belum diuruskan dengan baik memandangkan pihak sana tidak ambil tahu melainkan hanya saman. Dalam masa sama, ia tertangguh akibat PKP.
Malah harta faraid yang dituntut turut dilihat tidak adil apabila pihak Hidayah sudah ambil duit arwah secara senyap senyap.
Benda ini kecil. Kalau kita duduk satu meja bincang. Perkara ini selesai. Malu dekat orang. Cuma yang kena saya. Macam-macam makian saya kena.