fbpx

Usahawan sensasi Safiey Illias tampil memberikan penjelasan mengenai pendiriannya untuk bertemu dan menerima nasihat dengan mana-mana pendakwah yang dia selesa yang berniat bagi membimbingnya.

Saya tidak kisah mana-mana individu untuk menegur, cuma bagi saya biarlah cara itu telus. Jangan nampak seperti ia seperti satu strategi pemasaran.

Saya sendiri tidak tahu golongan ini datang daripada mana.

Jadi rasanya kalau sesiapa yang nak jumpa untuk berikan nasihat, saya sudah ada Ustaz Ebit Lew dan beberapa ustaz lain.

Kau tak boleh paksa aku

Usahawan ini juga menjelaskan bahawa dirinya berhak untuk memilih.

Dan ‘PU’ pula, kau tidak boleh nak paksa aku untuk selesa dengan kau. Kalau kau jemput aku (untuk diberikan nasihat), kalau aku tak nak, its okay. Akan tetapi awak janganlah terasa hati.

Saya tidak menolak Islam

Macam dikata seolah-olah saya menolak ajakan awak, saya menolak Islam. Tidak. Saya hanya menolak pelawaan awak sebab saya tidak selesa dengan awak.

Safiey turut menambah, sejujurnya dia terbuka untuk menerima nasihat asalkan caranya biarlah betul dan bukan ada maksud tersirat.

[fbcomments]