Baru je sebentar tadi Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditambah lagi 2 minggu. Hal ini bermula dari 15 April 2020 sehingga 28 April 2020. Pengumuman tersebut dibuat susulan daripada nasihat KKM serta WHO melihat daripada status perkembangan Covid-19 di Malaysia.

Perlu bersedia dengan new normal

Dalam perutusan tersebut juga, PM ada menyatakan bahawa walaupun PKP sudah tamat nanti, kita semua perlu bersedia dengan ‘perkara baharu yang normal’ demi mengekang Covid-19 dari kembali menular.

“Kehidupan kita mungkin tidak boleh kembali seperti sediakala selagi virus ini masih ada.”

Pengumuman tiada bazar Ramadan, solat terawih berjemaah juga antara kebiasaan yang baharu yang perlu dilazimi rakyat Malaysia selepas ini.

Perang belum tamat

Teks Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, 10 April 2020#PKP#COVID19

Posted by Bernama TV on Jumaat, 10 April 2020

Di akhir teks perutusan beliau, Muhyiddin Yassin ada memberitahu bahawa kita harus terus sama-sama berjuang melawan Covid-19 kerana perang belum lagi tamat.

[fbcomments]