fbpx

Susulan bilangan pesakit yang disahkan positif Covid-19 semakin bertambah, kelengkapan hospital terutama alat pelindung diri bagi petugas perubatan juga semakin berkurangan.

Oleh sebab itu, petugas terpaksa membuat sendiri alat pelindung muka walaupun terasa penat selepas merawat pesakit.

Besar pengorbanan mereka.. 😔Petugas kesihatan membuat sendiri alat pelindung muka bagi digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.Moga dipermudahkan urusan barisan hadapan kita.

Posted by Goli-Goli.com on Sabtu, 21 Mac 2020

“Besar pengorbanan mereka.. Petugas kesihatan membuat sendiri alat pelindung muka bagi digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.” 

Begitu juga dengan seorang rakyat Malaysia yang prihatin, Muhsin Abdul Ghani apabila tampil melakukan beberapa alat bantuan dengan cara DIY untuk kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

mag sudah. anda bila lagi! baru beli kelengkapan diy utk disponsor kepada hospital hkl. wife mag adalah x nurse di hkl…

Posted by Muhsin Abdul Ghani on Sabtu, 21 Mac 2020

“Baru beli kelengkapan diy utk disponsor kepada hospital hkl. wife bekas nurse di hkl , jadi tugas kami membantu mereka sebab kelengkapan ini telah terputus utk front liner staf di hkl. jadi DIY jer.
harap dapat membantu mereka yang sanggup berhadapan dgn risiko nyawa.”

Jika anda ada kenalan di hospital boleh je hubungi mereka dan bertanyakan apa lagi keperluan yang mereka perlukan. Sama-sama kita membantu mereka.

[fbcomments]