Tampil bersuara selepas menerima komen tidak sepatutnya daripada segelintir warganet berikutan pengakuan mengenai penceraiannya dengan suami, pelakon Sharifah Sakinah menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik hantaran berbentuk luahan hati.

Saya mungkin berdiam diri dan tidak menjawab kiriman mesej. Terima kasih kepada yang memberi semangat dan kepada yang mengeji, ingatlah korang pun ada keluarga.

Malah, Sakinah mendedahkan beliau langsung tidak akan menjadikan kisah hidupnya sebagai drama dan hanya mahu fokus kepada kerjaya semata-mata.

Sesiapa yang mempunyai masalah dengan jalan hidup saya, cara berpakaian atau tindakan saya boleh unfollow.

Terdahulu, Sakinah dan Aliff Adha melangsungkan pernikahan pada 28 Mac 2018. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Biarpun begitu, rumah tangganya dengan juruterbang tersebut tidak kesampaian apabila Sakinah mendedahkan dirinya sudah bercerai pada Mei lalu.

[fbcomments]