Kementerian Penndidikan dicadangkan memulakan sesi persekolahan di Semenanjung bermula pukul 8 pagi.
Menurut Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian dan Kesejahteraan, Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad berkata cadangan itu bagi meraikan konsep Malaysia Madani dan selaras dengan slogan “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.”
Katanya kerajaan perlu ada simpati terhadap guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal pukul 4.30 pagi. Melihat konteks di bandar pula, ibu bapa terpaksa meredah kesesakan jalan raya seawal pukul 6 pagi untuk ke sekolah.
“Manakala di sekolah pedalaman, anak-anak kecil terpaksa jalan becak dan berlumpur. Ada yang terpaksa meredah denai kecil. Ada anak-anak yang terpaksa berperahu ke sekolah, “katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, langkah itu bagi membolehkan anak-anak sempat bersarapan bersama keluarga berbanding sebelum ini.
“Sekiranya kerajaan prihatin dengan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya kita lakukan sesuatu yang betul untuk rakyat dengan mulakan sesi persekolahan pada pukul 8 pagi,” katanya.
Untuk rekod sesi persekolahan ketika ini bermula pukul 7.30 pagi.
Pendekatan, katanya, mendapat respon positif ibu bapa dengan kerana memberi ruang lebih selesa kepada ibu bapa sekali gus mengelak suasana kelam kabut aliran trafik pada waktu pagi
Sumber: Kosmo