Gara- gara tak tahan kerana sering disindir rakan sekerja, lelaki ini telah menikam seorang wanita berusia 57 tahun.
Cekik dan tikam sehingga mati
Suspek lelaki yang berusia 28 tahun itu turut memberitahu sudah menikam dan mencekik wanita berkenaan sehingga mati.
“Hanya suspek dan mangsa berada di tempat kejadian. Beberapa kesan tikaman turut ditemui di leher dan badan wanita itu, selain pisau yang digunakan suspek untuk membunuh.”
Serah diri
Walau bagaimanapun, suspek telah menyerah diri di Balai Polis Banting selepas mengaku membunuh mangsa gara-gara berdendam kerana sering disindir.
“Mangsa dikatakan selalu menyindir suspek ada hubungan cinta dengan seorang kakitangan di tempat kerja sama.“
“Kerana tidak tahan kerana selalu disindir menyebabkan mangsa dibunuh.”
Dalam masa sama, suspek dilaporkan mempunyai rekod dan menjalani rawatan akibat masalah tekanan di Hospital Banting.
Pengajarannya, hati-hati sebelum berkata okay? Sentiasa ingat, ‘Kerana Mulut, Badan Binasa’, oleh itu fikir dulu sebelum bercakap.