Nampaknya drama 7 Hari Mencintaiku 2 sekali lagi mencetuskan fenomena dimana ia berjaya meninggalkan kesan yang mendalam buat penonton setiap kali episod drama berkenaan disiarkan.

Watak antagonis Mak Leha dan Nurul Ain sering kali mencetuskan kemarahan dan perbalahan di media sosial gara-gara sifat mereka yang bikin geram dalam kalangan penonton.

Dimaki hamun & diugut simbah asid

Watak Nurul Ain yang dibawa oleh Wafariena Roslan ,telah memberi impak yang besar kepada pelakon baru ini.

Menurut Wafariena, dia pernah diugut untuk disimbah asid dan dimaki hamun hanya kerana lakonannya yang disifatkan sebagai perosak rumah tangga orang di dalam drama bersiri berkenaan.

Walaupun kena maki hamun, saya gembira akhirnya penonton menyedari kewujudan saya. Saya sudah jangka watak Nurul Ain akan menerima impak besar. Ada yang memanggil saya dengan gelaran tidak baik, paling lucu apabila ada yang mengambil gambar mereka sedang meletakkan kaki pada muka saya di skrin televisyen (TV), kemudian menghantarnya kepada saya.

Namun, dia juga turut berhati-hati terutamanya apabila ada individu yang mengugut untuk menyimbah asid ke wajahnya.

[fbcomments]