Baru-baru ini, kita kembali dikejutkan dengan penularan pendemik Covid-19 disebabkan satu kes import positif sehingga mengakibatkan ramai orang mengalami kesan buruknya.
Beberapa kampung yang mempunyai kes positif pendemik Covid-19 dari Kluster Sivagangga di Kedah telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat (PKPD) Pentadbiran.
Susulan daripada itu, para petugas kesihatan Padang Terap telah membuat pemeriksaanke kampung-kampung terlibat unutk melakukan saringan.
Mereka juga memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka agar mereka tidak rebah ketika menjalankan tugas berat ini.