Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang menyentuh hati ramai apabila seorang kanak-kanak dilihat menatap dan memeluk gambar bapanya bagi melepaskan rindu.
@edanazyra1 SILA BACA CAPTION SAYA SAHABAT ORGANIK SEMUA; P/s : ‘parent’ in the video means sorg je tau, jgn slh faham ❤️ Pembetulan dlm video ‘are’ jadi ‘is’ ya 🤓 Ayat last “mommy & daddy” kerja sbb both bekerja. Noh jadi cikgu pula kita kena explain 😅 Mommy dia jaga dia dlm masa sama still bekerja. Saya just dtg rumah kakak saya time weekend je, bukan saya yg jaga dia 😅 This cutie pie ok je gais. His daddy sgt penyayang hari2 vid call setiap minggu post something for him. Dia cukup kasih syg from all of his family inshaAllah dun worry. Thank you for all kind words and duas 🤍
Kerinduan Seorang Anak, Video Peluk Gambar Bapa Undang Sebak Netizen
Menerusi perkongsian di TikTok oleh pengguna edanazyra1, kanak-kanak itu yang merupakan anak kepada kakaknya kelihatan berusaha menurunkan gambar bapanya yang dilekatkan di pintu peti sejuk. Dengan bantuan sebuah kerusi kecil, dia mengambil gambar tersebut, meletakkannya di atas meja, dan menatapnya dengan penuh kerinduan.
Apa yang lebih menyentuh hati, selepas beberapa ketika, kanak-kanak itu memeluk erat foto tersebut sebelum memandang individu yang sedang merakam video dengan wajah sayu. Menurut pemilik hantaran, anak buahnya itu amat merindui bapanya yang sedang bekerja di Arab Saudi.
Dalam ruangan kapsyen, wanita itu turut menjelaskan bahawa anak saudaranya dijaga oleh ibunya sendiri, manakala bapanya bekerja di luar negara untuk mencari rezeki. Dia juga menegaskan bahawa si kecil itu mendapat sepenuh kasih sayang daripada keluarganya dan sentiasa berhubung dengan bapanya yang kerap menelefon dan menghantar barang untuknya.
Perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata sebak melihat gelagat kanak-kanak itu. Ramai yang berkongsi pengalaman serupa sama ada sebagai anak yang berjauhan dengan ibu bapa atau ibu bapa yang terpaksa meninggalkan anak demi mencari rezeki.
Kredit: TikTok edanazyra1