Kisah pilu sepasang suami isteri yang terpaksa menjadikan sebuah Proton Wira sebagai tempat berteduh akibat kesempitan hidup tular di media sosial, mencetuskan simpati ramai.

Pasangan ini dikatakan terpaksa berpindah-randah dengan kereta usang mereka setelah hilang tempat tinggal dan tiada pilihan lain.

Pasangan Suami Isteri Terpaksa Tinggal dalam Kereta Akibat Masalah Kewangan

Perkara ini mendapat perhatian umum selepas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkongsi situasi pasangan tersebut di laman Facebooknya.

Menurut beliau, pihaknya telah menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Khairin-Nisa Ismail serta Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid untuk menyalurkan bantuan sewajarnya kepada pasangan itu.

Dalam usaha membantu mereka mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa, Mohd. Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai memaklumkan bahawa pegawai Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor telah diminta untuk segera menempatkan pasangan tersebut di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai menerusi unit kecemasan PKPJ.

Tindakan pantas pihak berkuasa ini diharap dapat meringankan beban pasangan suami isteri berkenaan serta memberikan mereka peluang untuk membina kehidupan yang lebih stabil.

Kredit: Facebook Mohd. Jafni Md. Shukor

 

 

[fbcomments]