Kisah seorang warga emas berusia 71 tahun yang gigih bekerja sebagai penghantar GrabFood bagi menampung kos kehidupan anaknya yang sakit menerima perhatian segera daripada pihak berkuasa selepas ia tular di media sosial.

Lelaki tersebut, Zakaria, dilaporkan masih mencari rezeki walaupun pada usia lanjut demi menanggung anaknya, Asyraf, yang mengalami strok ringan.

@icujpm.selangor

Rezeki Pakcik Zakaria, rider tular berusia 71 tahun! 🥺  Sayu hati lihat kegigihan pakcik menyara keluarga dan mencari rezeki sebagai penghantar GrabFood demi rawatan anak yang terkena strok ringan. ICU JPM dan JKM pantas turun menyantuni beliau sekeluarga di Pandan Jaya.  Selain menyerahkan sumbangan tunai ihsan YAB PMX, tujuan utama kami ke mari adalah untuk menguruskan permohonan bantuan JKM dari A hingga Z secara fast-track. Misi kami cuma satu nak pastikan pakcik dapat kelulusan segera dan berehat di rumah lepas ini! Kerajaan MADANI pantas bertindak, tiada rakyat yang akan dibiarkan berjuang kesusahan bersendirian. 🇲🇾💪 #MalaysiaMADANI #SejahteraMADANI #ICUJPM #icujpmselangor #kebajikan

♬ Kita Usahakan Lagi – Batas Senja

Atok Grab Tular Terima Bantuan Segera Daripada Kerajaan

Difahamkan, Asyraf sebelum ini turut bekerja sebagai pemandu Grab, namun terpaksa berhenti selepas diserang penyakit berkenaan sekali gus menambah tekanan kewangan keluarga. Keadaan itu mendorong Zakaria untuk terus bekerja bagi memastikan keperluan harian mereka sekeluarga dapat dipenuhi.

Susulan kisah berkenaan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) Selangor bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah hadir ke kediaman keluarga itu di Pandan Jaya bagi menyampaikan bantuan segera. Lawatan tersebut turut disertakan dengan sumbangan tunai ihsan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga berkenaan.

Menurut pihak terlibat, kunjungan itu bukan sekadar menyerahkan bantuan semata-mata, sebaliknya turut bertujuan mempercepatkan proses permohonan bantuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui kaedah ‘fast-track’ dari peringkat awal sehingga kelulusan.

Dalam pada itu, permohonan bantuan warga emas untuk Zakaria serta bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi anaknya kini sedang diproses secara segera bagi memastikan keluarga tersebut menerima bantuan sewajarnya. Pihak kerajaan turut menegaskan komitmen untuk terus menjaga kebajikan rakyat tanpa membiarkan mana-mana golongan berhadapan kesusahan bersendirian.

Kredit: TikTok icujpm.selangor

 

[fbcomments]