Nama pelakon dan pengacara, Mira Filzah menjadi trending di media sosial gara-gara gambarnya memakai pakaian tradisional kaum India menjadi bahan perdebatan netizen.
Melalui satu ciapan di Twitter, pengguna sosial media tersebut menulis:
Cultural appropriation queen must feel nice to profit off our culture.
Ratu budaya, mesti rasa baguskan mengambil untung dari budaya kita (budaya hindu)

Pengguna di Twitter ini mengatakan seolah-olah Mira mengambil keuntungan daripada budaya mereka.
Melancarkan produk kanta mata
Tidak mahu disalah anggap, pelakon yang juga tunang kepada anak seorang Ahli Parlimen Kuala Kangsar, iaitu Datin Mastura Mohd Yazid terus menjawab spekulasi ini.
Sebenarnya Mira Filzah melancarkan produk kanta mata Lavue Lens, hasil kolaborasinya bersama sebuah jenama. Kebetulan, Mira memilih tema bollywood sebagai konsep utama produk kerana sangat menyukai cerita hindustan sejak kecil lagi.

Mengulas lanjut, Mira mengatakan bahawa dirinya adalah seorang yang sangat fanatik dengan cerita hindustan. Boleh dikatakan semua lagu hindustan Mira tahu. Dan bila diberikan peluang untuk menjadi duta kepada jenama kanta mata ini, Mira sangat teruja dan terus terlintas untuk menggunakan konsep bollywood.
Tambahnya lagi, dia juga tiada niat pun untuk mengambil keuntungan daripada budaya hindu, seperti yang dinyatakan. Malah, Mira turut meminta maaf jika mereka tersinggung dengan perbuatannya itu.

