fbpx

Terkini, kerajaan bercadang untuk membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, China berikutan wabak koronavirus.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan China bagi membolehkan pesawat Malaysia memasuki kawasan berkenaan.

Mereka akan diperiksa jika dibawa pulang

Kita baru buat keputusan dan akan berbincang dengan China. Sekiranya didapati positif koronavirus atau berada lebih lama di wilayah itu, kita akan kuarantinkan mereka di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah.”

Menurutnya, rakyat Malaysia di wilayah Hubei didapati kekurangan makanan dan keperluan.

Malaysia sedia bantu bekalan makanan & keperluan

Setakat ini bekalan yang ada pada mereka dapat menampung sehingga empat hari sahaja.”

Selain daripada membawa pulang rakyat, Dr Mahathir berkata, kerajaan bersedia menyumbang bekalan makanan dan keperluan kepada China untuk disalurkan di wilayah terjejas koronavirus.

“Kalau mereka benarkan pesawat kita masuk, kita akan bawa masuk bekalan makanan dan topeng muka serta sarung tangan.”

Selain Malaysia, Jepun turut membuat keputusan bagi membawa pulang lebih kurang 650 rakyatnya yang terperangkap di Wuhan.

Seorang bapa merayu kerajaan bawa pulang anaknya

Sebelum ini, seorang bapa rakyat Malaysia ada merayu pada pihak kerajaan untuk membantu bawa pulang anaknya yang kini menuntut di Universiti Shandong, China.

Adanan Long berkata, anaknya kini terkandas di Jinan, Shandong selepas usahanya untuk mencari penerbangan keluar dari wilayah itu menjadi buntu.

“Saya tiada daya untuk mencari jalan bagi membawa Atikah balik, saya hanya mampu berdoa di sini agar Allah terus melindungi anak saya di sana.”

Ia susulan tindakan beberapa syarikat penerbangan yang menyekat pelancong dari negara China susulan penularan koronavirus yang semakin mengganas.

“Saya tidak minta apa-apa kepada kerajaan tapi tolonglah bawa balik anak saya, itu saja. Susah hati saya selagi anak tidak berada di depan mata.

Bukan saya sahaja rasa begini, rasanya semua keluarga yang anak mereka di sana juga susah hati seperti saya.”

[fbcomments]