fbpx

Kes koronavirus di Malaysia masih hangat diperkatakan. Malah jumlah pesakit yang positif pun makin meningkat sehingga rakyat Malaysia sendiri pun sudah dijangkiti dari manusia kepada manusia.

Tapi nampaknya perkara ini sedikit pun tidak menjejaskan kedatangan rakyat China untuk masuk ke Malaysia kerana kerajaan kata Malaysia masih mengamalkan dasar ‘buka pintu’ kepada rakyat dari China dan menerima kedatangan pelawat republik itu kecuali dari wilayah Hubei dan bandar Wuhan.

Kenyataan tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Maknanya, kita tidak seperti sesetengah negara (lain yang menyekat kemasukan pelawat dari China), kita dengan China (mempunyai) hubungan rapat. Kena ingat ada rakyat Malaysia di China yang masih mahu balik. Jadi, jika kita tutup (pintu negara), maka rakyat Malaysia pun tidak boleh balik.”

“Malah, ada rakyat China yang datang ke sini yang mahu pulang. Sebab itu kita membuat keputusan yang sangat praktikal dan kita tidak menutup pintu.”

[fbcomments]