Kawasan perkuburan lama dipercayai berusia lebih 100 tahun muncul selepas paras air di Tasik Pedu dekat dekat sini, Kedah surut sejak sebulan lalu.
Musim kemarau yang berpanjangan sehingga kini menyebabkan keadaan empangan itu terus kering.
Kawasan perkuburan lama
Perkuburan seluas dua hektar dipercayai berada di Kampung Mong Gajah yang ditenggelamkan bagi pembinaan empangan muda pada awal tahun 1970-an.
Tapak perkuburan lama itu masih jelas kelihatan terutamanya batu- batu nisan selepas Tasik Pedu surut sehingga menampakkan daratan akibat kemarau.
Waris datang melawat
Menurut Imam Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu, Mohd Khairi Idris, lebih kuruang 100 waris telah datang mengadakan kenduri tahlil dan bacaan Yaasin di sebuah pondok di tasik itu pada Jumaat lalu selepas perkuburan itu muncul sejak dua minggu lalu.
Ramai yang tak na melepaskan peluang menziarah perkuburan ini walaupun mereka tidak pasti yang mana satukah kubur nenek moyang mereka.

“Selepas ini kami tidak tahu bila pula perkuburan ini akan timbul.”
Memelihara kubur
Jelas Khairi, bagi memelihara kawasan perkuburan tersebut, Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) telah membina pagar besi mengelilingi kawasan perkuburan seluas 0.3 hektar itu.
“Sebelum ini memang ada cadangan untuk memindahkan kubur-kubur ini ke kawasan lain namun atas lawatan dan kajian yang dilakukan oleh Jabatan Mufti, ia tidak menjadi keperluan lagi untuk dipindahkan kerana perkuburan ini sudah berusia lebih 50 tahun ke atas.”