fbpx

“Alhamdulillah, jenazah isteri saya negatif Covid-19,” demikian kata Mohd Khairul Azman Md Daud, suami kepada pendakwah terkenal, Allahyarhamah Shadiya Abbas.

Mengesahkan perkara itu menerusi satu posting di Facebook, Mohd Khairul berkata keputusan berkenaan dimaklumkan selepas pihak hospital melakukan dua kali ujian terhadap jenazah isterinya.

Hanya saudara terdekat sahaja dibenarkan

“Maaf jika saya katakan tuan/puan tak perlu hadir. Hanya doa yang kami pinta agar arwah diampunkan segala d0sanya dan ditempatkan bersama para solihin.

“Pihak polis hanya membenarkan keluarga terdekat saja untuk uruskan jenazah. Digalakkan buat solat jenazah ghaib. Ampun maaf.”

Luahan suami menemani perjalanan akhir bidadarinya

PERJALANAN TERAKHIR

====================

Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..

Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.

Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.

Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini. Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.

Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.

Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.

Sumber : MK Azman

[fbcomments]