fbpx

Topik hangat diperkatakan di media sosial dua tiga hari ini dimana suspek utama bergelar Datuk Seri yang disiasat berhubung kes pengubahan wang haram telah berjaya melarikan diri di banggunan SPRM pada Isnin lalu telah menimbulkan seribu tanda tanya.

Adakah suspek yang menjadi dalang dan dikehendaki Polis itu dilarikan atau dibantu pihak tertentu?

Dibantu dua pengawal peribadi

Menurut laporan Harian Metro, suspek bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam itu didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika memanjat pagar belakang bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sumber SPRM berkata, pada 11 Oktober lalu, seramai sembilan suspek yang dilepas reman, dibawa balik ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses dokumentasi jaminan.

Sumber itu berkata, sesampai sahaja di pejabat SPRM, kelihatan ramai pegawai polis berkumpul di lobi utama.

Ini menyebabkan kesemua suspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada dikalangan ahli keluarga suspek juga hadir untuk proses jaminan.

Terdapat kekecohan berlaku di lobi utama bangunan SPRM bila kesemua OKT (orang kena tahan) enggan turun dari kenderaan kerana kehadiran anggota polis yang ramai di lobi Ibu Pejabat SPRM.

Polis tunggu di pintu utama luar SPRM

Menurutnya laporan Harian Metro lagi, hasil perbincangan antara SPRM, polis dan peguam yang hadir, pihak polis akur dan bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar pejabat SPRM.

Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, kesemua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing keluar dari Ibu pejabat SPRM.

Terdapat empat kenderaan model Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput suspek yang melarikan diri itu.

Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan polis dan suspek-suspek ditangkap semula polis.

Suspek dibantu dua pengawal peribadi

Suspek memang dah dibebaskan dengan jaminan. Pihak SPRM telah serahkan suspek kepada peguamnya. Suspek terbabit kemudian masuk ke dalam kenderaan velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

Saspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

Ketika kenderaan tersebut melalui pintu pagar utama, pihak polis telah menahannya untuk membawa suspek, tetapi susupek sudah tiada.

Hasil semakan CCTV mendapati suspek memanjat pagar dengan bantuan dua bodyguard. Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek.

[fbcomments]