Trend Lathi Challenge ini telah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai. Pencetus Ummah Syed Bakri dan Da’i Wan Dazrin antara yang lantang mengeluarkan pendapat mengenai perkara ini.
BACA : Lathi Challenge: Wujud Dari Sesetengah Budaya Jawa Yang Syirik & Khurafat – Da’i Wan
Terbaru, netizen Indonesia mengecam pendapat Da’i Wan itu.
Buktikan, minta maaf
Di Twitter, salah seorang anggota kumpulan Weird Genius, pemilik lagu “Lathi” iaitu Reza Arap memohon Da’i Wan membuat permohonan maaf di atas tuduhan yang dibuat. Dia juga mencabar Da’i Wan membuktikan lagu tersebut boleh menyeru semangat ghaib.
Jika perkara ini dibuktikan, dia akan memadam lagu tersebut termasuk muzik video dengan serta merta. Lagu “Lathi” merupakan single terbaru Weird Genius hasil kolaborasi bersama Sara Fajira.
Di ruangan balas, netizen Indonesia yang lain turut meluahkan rasa kecewa apabila ada yang bercakap buruk mengenai budaya mereka.