Seluruh dunia kini sedang diuji pendemik Covid-19 yang melanda dunia sehingga meragut ribuan nyawa.
Di Malaysia sahaja sudah ada 70 kes kematian dengan lebh 4,000 orang disahkan positif wabak maut ini.
Lazimi zikir & ibadah ketika dalam ujian
Oleh itu, seorang pendakwah yang dikenali sebagai PU Amin telah mengajak orang ramai agar melazimi zikir serta meningkatkan ibadah kepada Allah S.W.T
PU Amin turut berpesan agar kurangkan melakukan aktiviti sia-sia seperti bertiktok dengan merakam aksi berjoget dan memuat naik ke media sosial.
Budaya menari dan bertiktok dilihat semakin menjadi-jadi dan boleh dilihat oleh bukan mahram sehingga ada yang buat pertandingan.
Dia juga menambah bawa ketika waktu getir ini, bukan masanya untuk kita berseronok, namun bencana yang hadir adalah salah satu cara untuk kita bermuhasabah dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T