Zaman sekarang jika kanak-kanak mahu bermain di taman permainan, ibu bapa hendaklah meninjau aktiviti anak-anak mereka agar tidak berlaku sebarang kejadian yang aneh terjadi. Namun baru-baru ini terjadinya satu isu dimana seorang lelaki berkelakuan pelik telah merakam kanak-kanak yang berada di taman permainan terbabit dengan penuh asyik.

@asmaihsan89

nak kata mata aku salah xkot, sbb aku pehati lama dah bukan seminit dia snap sana sini gmbar budak² xkan semua budak² tu anak dia eh, tiber dia snap gambar anak aku terus aku rekod dia lps tu dia benti n blah dr situ heran betul, nie kalau laky aku ada dah kena dah nie aku nk g sergah tadi tapi mikir aku ngn anak³ semua girls seram laa plak lagipun kat situ mak ayah buat xtaw jer pelik jugak kalau mata aku salah, sorry laa bro ye tapi mata aku masih clear xrabun ishhh xpuashati sampai sakit kepala aku denyut dk mikir kejadian tadi #aeondatoonn #aeondatoonnjb

♬ Dj Tang Tang Tang – Sanxanex

Test Kamera Phone Baru Ke

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh salah seorang ibu kepada kanak-kanak yang berada di taman tersebut iaitu @asmaihsan89, beliau berjaya merakam kelakuan pelik seorang lelaki yang sedang merekod kanak-kanak yang berada di taman permainan tersebut.

“Tak tahu apa masalah dia snap gambar budak-budak tu? Test kamera telefon baru ke? Nak kata mata aku salah, tak kot. Sebab aku perhati lama dah. Bukan seminit, dia snap sana sini gambar budak-budak. Takkan semua budak-budak tu anak dia”, kata wanita itu dengan penuh rasa kerisauan.

“Eh tiba dia snap gambar anak aku. terus aku rekod dia.. lepastu dia berhenti”, jelasnya lagi.

Nak Tegur Tapi Tak Berani

Menurut wanita itu lagi, beliau tidak berani untuk menegur lelaki terbabit kerana ketiadaan suami disisi ketika di lokasi kejadian. “Hairan betul. Ni kalau laki aku ada, dah kena dah ni. Aku nak pergi sergah tadi, tapi memikirkan aku dengan anak-anak semua perempuan, seram la pula. Lagi pun kat situ mak ayah buat tak tahu je”, ayat yang penuh risau dilemparkan oleh si ibu.

Netizen Syak Kelakuan Macam Seorang Pedophilia

Meninjau di ruangan komen, segelintir netizen mengesyaki bahawa tindakan yang dibuat oleh lelaki terbabit mempunyai ciri pedophilia. Ibu bapa amat disarankan untuk melihat setiap gerak geri anak mereka kemana-mana mereka pergi.

Kredit: TikTok asmaihsan89

[fbcomments]