Terkenal dengan tutur kata dan budi bicara yang lembut, tidak dapat dinafikan kini dakwah dan pendekatan yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew semakin dekat di hati masyarakat.
Peminat Ustaz Ebit Lew bukan sahaja daripada kalangan masyarakat Islam, namun penganut agama lain juga jatuh cinta melihat cara dakwah yang disampaikannya.
Lelaki Cina ala-ala Rock Punk, bersubang dan bertatu
Terbaru, di IG pendakwah tersebut memaparkan satu momen apabila didatangi oleh seorang lelaki berbangsa cina, bernama Adrian. Berpenampilan ala-ala rock punk, dengan bersubang dan bertatu menyapa mesra Ustaz Ebit.
Menerusi entrinya, Ustaz Ebit memberitahu lelaki itu mula mengikutinya selepas melihat video dia menyampaikan dakwah dan mengislamkan seorang lelaki bertatu.
Dia bangun & peluk saya…
Baik orangnya berbual-bual. Rendah diri orangnya. Dia bangun dan peluk saya. Syukur pada Allah. Gembira bila orang bukan Islam melihat atau mengikuti saya.
Ustaz Ebit menyifatkan lelaki berkenaan sangat merendah diri.
Semoga ini mungkin menjadi asbab agar satu hari nanti, Adrian terbuka pintu hati untuk mengenal Islam dengan lebih mendalam lagi.