Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata serta penderaan terhadap kanak-kanak, susulan tularnya sebuah video yang menunjukkan suspek menendang dan memukul mangsa menggunakan topi keledar.

Video di bawah:

https://x.com/update11111/status/2000547759540391937?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Lelaki Didakwa Memukul Pelajar Madrasah Ditahan Polis

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim bin Muda, memaklumkan bahawa pihak polis menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku pada 14 Disember 2025 kira-kira jam 11.55 malam di sebuah premis perniagaan sekitar Kota Kinabalu. Kejadian itu melibatkan seorang lelaki dewasa dan sekumpulan pelajar sebuah madrasah.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan,” kata ACP Kasim. Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut dan menghormati privasi semua pihak yang terlibat bagi memastikan siasatan berjalan lancar. ACP Kasim turut meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Kredit: Sinar Harian, X update11111

[fbcomments]