Setiap negara mengambil pelbagai usaha bagi mengekang wabak Covid19 = daripada menjadi semakin kritikal.
Pasti akan ada sidang media atau perutusan khas yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang semestinya membuatkan rakyat ternanti-nanti dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.
Baru-baru ini seorang pemuda Thailand berkongsi paparan skrin ucapan PM negara tersebut iaitu Prayut Chan-o-cha dan PM Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kedua-dua paparan skrin tersebut menunjukkan ucapan Prayuth dipenuhi dengan emoji ‘marah’ manakala Muhyiddin pula mendapat tanda ‘like’ dan ‘love’.
Mengikut kenyataan, Prayuth dipercayai berucap mengenai rakyat yang melanggar perintah berkurung namun tidak akan mengenakan peraturan atau sekatan yang lebih ketat di negara tersebut.
Manakala Muhyiddin pula mengambil langkah untuk melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 28 April ini demi keselamatan rakyat.