Baru-baru ini, sebuah video memaparkan seorang isteri ‘menyerang’ suaminya yang didakwa curang tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kedai makan di Cheras, di mana si isteri bertindak meluahkan kemarahannya secara terbuka selepas melihat suaminya bersama seorang wanita lain.
![]()
Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DCyohHXzPuL/?igsh=bDdvMDRlcDR1NGNm
Lelaki Kantoi Curang, Isteri Datang Serang Dekat Kedai Makan
Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, si isteri dilihat tidak dapat mengawal emosinya apabila mendapati suaminya sedang bersuap-suap mesra dengan wanita berkenaan. Situasi tegang itu menyaksikan si isteri menarik rambut kekasih suaminya sebelum menampar pipinya beberapa kali.
Lebih menyayat hati, wanita tersebut turut meluahkan kekecewaannya terhadap sikap si suami yang dikatakan sering mengabaikan tanggungjawab keluarga. Menurutnya, dia telah banyak bersabar dan mendakwa lelaki itu menggunakan wang keluarga untuk menyara wanita tersebut.
“Aku takkan lepaskan dia ni. Ini yang kau nak kan? Aku tak malu, kau yang malu,” marahnya.
Seorang individu yang merakam kejadian itu, dikenali sebagai Adib Ruzi, mendakwa insiden bermula apabila si isteri melihat suaminya bersama wanita lain. Menurutnya, kejadian itu seakan-akan ‘drama TV’ yang memaparkan konflik rumah tangga di dunia nyata.
“Katanya motor pun isteri yang belikan, tapi apa yang berlaku di rumah, kita tak tahu. Kalau dah tak mahu, lepaskan saja. Jangan sampai perkara seperti ini terjadi,” tulisnya.
Difahamkan video tersebut yang asalnya dimuat naik di TikTok, kini telah dipadam dari platform itu. Bagaimanapun, ia sempat dikongsi semula di pelbagai akaun media sosial lain, mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet.
Kredit: Instagram kongsi viral