Seorang lelaki bernasib baik kerana memiliki lebihan lemak pada perut kerana ia berjaya menyelamatkan dirinya daripada terjatuh ke dalam sebuah perigi dekat Wilayah Henan, Beijing, China.
Menurut Kompas, lelaki yang hanya dikenali sebagai Liu ditemui tersangkut pada tebing perigi sekitar jam 6 petang, sebelum pasukan penyelamat bomba datang untuk menyelamatkannya.
Katanya kejadian berlaku semasa dia nak buang sisa kayu dan barangan lain ke dalam perigi yang kini sudah tidak digunakan lagi.
“Perigi itu sebenarnya kering sejak beberapa tahun lalu dan digunakan sebagai tempat membuang sampah oleh keluarga itu.
“Mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam perigi tersebut semasa mahu membuang sampah,” kata salah seorang anggota penyelamat.
Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan tali yang diikat pada badan Liu bagi menariknya keluar. Mangsa selamat dan dilaporkan hanya mengalami luka kecil pada kulit perut.