Selepas sekian lama tidak mengeluarkan lagu baru, kumpulan Bunkface yang pernah menjadi fenomena satu masa dulu telah tampil dengan karya terbaru semalam.
Lagu yang sudah boleh didengar di saluran YouTube kumpulan tersebut nyata berbeza dan cukup berani apabila mengetengahkan isu semasa yang sering menjadi bualan masyarakat ketika ini.
Bertajuk ‘Akhir Zaman’, lirik lagu tersebut seakan begitu telus apabila tanpa kiasan telah mengkritik keadaan semasa berkaitan beberapa isu termasuklah LGBT dan politik di Malaysia .
Menerusi Instagram kumpulan anak muda ini, mereka juga sempat memuat naik IG story dengan menyatakan akan ada kejutan dalam lagu yang dikeluarkan.
Ternyata lirik lagu tersebut begitu mengejutkan kerana ‘keberanian’ mereka menyertakan lirik tanpa sebarang kiasan.
Menurut Bunkface, melodi dan lirik single tersebut ditulis sendiri vokalis Sam yang berkisarkan tentang keadaan semasa di Malaysia dan dunia sekeliling hari ini.
“Kami mendengar suara peminat dan juga rakyat Malaysia mdan sudah menjadi tugas kami untuk menyampaikan suara-suara
tersebut.“Jadi ini adalah cara kami menyuarakan isu yang benar dengan pendapat yang betul demi agama, demi rakyat dan negara kita Malaysia.”
Jom kongsikan pandangan dan pendapat korang mengenai lagu ni. Siapa makan cili dia terasa pedasnya!