fbpx

Luluh hati seorang suami yang menanti kelahiran bayi mereka apabila isterinya yang mengandung tujuh bulan meninggal dunia di dalam kereta yang di parkir di sebuah pangsapuri di Kota Damansara.

Wanita warga Indonesia itu meninggal dunia akibat komplikasi kandungan kira-kira jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, mereka sebelum itu mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta. Namun kerana komplikasi kandungan, mangsa diarah untuk ke Hospital Sungai Buloh.

“Bagaimanapun, pasangan berkenaan singgah sekejap di rumah untuk mengambil pasport mangsa.

“Malangnya, sebaik kembali ke kenderaan, suami mendapati isterinya sudah meninggal dunia.”

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

[fbcomments]