Bekas isteri Da’i Farhan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi yang lebih mesra dengan panggilan Dr. Erin mengakui bahawa dia dan bekas suami tidak pernah lagi berhubung selepas diceraikan biarpun dirinya kini sedang mengandung anak hasil perkahwinan mereka.
Menyekat nombor telefon
Bahkan dia juga sudah menyekat nombor telefon bekas suaminya itu.
“Saya dah block ustaz. Saya tak nak ada apa-apa lagi sama ada saya dihubungi atau saya menghubunginya.
“Jadi, bila saya sekat nombor telefon, fikiran saya jadi lebih tenang. Kalau saya tak block, fikiran saya nanti jadi tak tenang fikir macam-macam. Sekarang ni saya lebih gembira dengan kehidupan.
“Biarlah saya sekat ustaz terus. Lagipun saya sudah tidak mahu dikaitkan dengan dirinya lagi.”
Tidak akan benarkan jumpa anak sendiri
Menurut Dr. Erin lagi, bekas suaminya itu ada menyatakan hasrat untuk bertemu selepas anak dalam kandungannya itu lahir.
“Dia ada cakap nanti lepas lahir nak jumpa baby. Bila dia cakap begitu, memang tak lah saya nak bagi dia jumpa dengan baby ini,” katanya.
Begitupun, menurut Dr. Erin, barang-barang peribadi Da’i Farhan masih ada di rumahnya lagi.
“Dia berada di Kelantan lepas keluar dari rumah. Sekarang pula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Mungkin lepas habis PKP baru dia ambil barang-barangnya semua,” katanya.
Kini hidup lebih tenang
Ujarnya lagi, biarpun hubungan tersebut bertahan hanya beberapa bulan sahaja, namun, dia mengakui hidupnya kini lebih tenang.
“Cumanya tolonglah henti kaitkan saya dengan ustaz lagi. Saya ini bukan selebriti. Kalau dulu mungkin saya isteri ustaz, sekarang ni saya bukan isteri sesiapa lagi.”
Semoga Dr Erin lebih tabah menghadapi ujian ini dengan berbadan dua.