fbpx

Meskipun usia sudah mencecah 50 tahun, namun penerbit Datuk A Aida masih mampu kekal jelita dan muda, hingga membuatkan ramai yang terpikat.

Menerusi laporan Harian Metro, Datuk A Aida telah membuat satu pendedahan, apabila dia telah dilamar oleh seorang lelaki yang sanggup memberinya RM20 juta jika bersetuju untuk berkahwin.

Sanggup bagi RM20 juta jika sudi kahwin

Bagaimana pun, A Aida berkata dia telah menolak lamaran tersebut, setelah mengetahui lelaki berkenaan berstatus suami orang.

Memang betul ada beberapa lelaki nak masuk meminang. Malah, ada individu yang ingin melamar dan akan melakukan transaksi wang sebanyak RM20 juta ke dalam akaun saya sekiranya bersetuju berkahwin dengan dia…

Bagaimanapun, dia bukanlah orang bujang sebaliknya lelaki yang sudah berkahwin dan dia mahu menjadikan saya sebagai isteri keduanya. Saya terpaksa menolak lamarannya itu kerana tidak rela bermadu selain saya juga mempunyai kewangan kukuh.

Bukan mencari lelaki kaya

Menurut Aida, dia menolak kerana bukan lelaki kaya raya yang dicari sebagai calon suami.

Saya tak cari lelaki kaya, cukuplah jika dia boleh membimbing saya dunia dan akhirat.

A Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003.

Kemudian dia mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007, namun berpisah pada 2013.

Aida kemudian melangsungkan pernikahan dengan pelakon Ariff Aziz pada 21 Julai 2018, namun bercerai 10 bulan kemudian.

[fbcomments]